Tuesday, March 2, 2010

Ceritaku - Saman lagi?

Saman?
Aduh,kena saman lagi!
termasuk kali NI ialah kali yang kedua aku kena saman...
Bukannya aku sengaja melanggar peraturan semasa berada di atas jalan raya ni tapikan,sesetengah perkara TU kadang-kadang kita rasa tak perlu ikutpun TAKPE!
ye ye ye... memanglah nasib saya tak baik hari tu...
Macam biasalah,saya ni suka MENGEKOR orang lain semasa menunggang motorsikal...
suka bawa laju,potong kenderaan besar,ikut jalan SHORTCUT pun ADE dan macam-macam LG rasanya yang selalu orang lain buat.

kali pertama aku kena saman ialah semasa di bulan mulia,RAMADHAN al-MUBARAK...ceh,bila
dah lama aku tak tengok tarikh luput pada lesen P aku ni...memang akan terlupa walaupun kadang-kadang ada tengok,dah siap nak RENEW license tapi langsung tak buat sampailah ada sekatan di jalan raya TU,,,,
Masa tu aku rasa tak bersalah la...sebab sebelum ni kan lepas AJE(lesen belum tamat)lagi,tapi...
masa tu lah baru aku tersedar daripada mimpi siang aku di bulan Ramadhan apabila abang Polis tu kata lesen P aku dah tamat tempoh!!!
Punyalah pucat muka aku masa tu sebab first time la kena!!!
sesetengah kawan cakap kalau aku hulur sikit kat abang Polis tu mungkin lepas kut tapikan, dalam diri aku tak ada istilah hulur ni!

Maaf!!! bukan bermaksud apa-apa tapi minta dijauhkanlah daripada gejala RASUAH ni...

malam tu tak leh tidurlah aku sebab memikirkan denda saman aku ni...boleh dapat balik ke lesen P aku tu dan satu lagi,hehe.... baru je aku beli motor baru dan ntah macam mana terlupa lak tampal sticker "P" .... satu lagi denda tapi nasib baiklah abang Polis tu bertolak -ansur sikit...Thanks!

esoknya terpaksalah aku pergi ke JPJ renew license P ni.... lepas ni tak payah tampal "P" lagi untuk 2 tahun....YES!
belum selesai lagi nih...
erm,kena pergi ke pejabat polis trafik! Bayar samanlah,apa lagi....

yeap,pertama kali dalam sejarah hidupku ini memasuki bilik pembayaran saman ni.
Wah!!! banyak juga orang yang tak ikut peraturan kat dalam ni...rasa semak je.
tak biasa, aku ditemani bapaku untuk ke tempat ni sebab aku memang tak pernah pergi pun.
apa yang aku tahu,denda maksimum bagi kesalahan aku ni RM300!!!

Bila aku semak di kaunter,Fuhh... memang kering poket aku dibuatnya,RM300 lah beb....
Eh!!!takkan nak bayar Full payment kut? kena buat rayuan juga ni....alamat tak makanlah aku kalau bayar penuh!!!
hehehe.... tok ni garang tu memanglah garang tapi dapatlah juga dia bagi aku diskaun pada hari tu 50%....

Memang serik la juga kalau diingatkan balik peristiwa lalu....
ok,ni ada link untuk kamu jika TERASA kena saman dengan Polis trafik...

rilek
myeg
eservices

atau

SEMAKAN SAMAN MELALUI SMS DAPAT

Taip "POLIS SAMAN (no. kenderaan atau no. kad pengenalan)
dan hantar ke
DAPAT / 32728

Contoh : "POLIS SAMAN ABC1234" Hantar ke DAPAT / 32728

SEMAKAN SAMAN MELALUI SMS (Celcom)

Taip "SAMAN (no. kenderaan atau no. kad pengenalan atau no. syarikat)
dan hantar ke
32232

Contoh : "SAMAN ABC123" Hantar ke 32232

nak tengok KADAR KOMPAUN BARU SAMAN TRAFIK?(mengikut perubahan semasa)
traffic summon tariff.pdf

sekian.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comment!!!

Total Pageviews




Recent News