Salam Sejahtera!
Apa pula saya nak tulis pasal aktiviti kat dalam Malaysia ni ye?
Ha! Cuti-cuti Malaysia!
Kita, perlu bersyukur sebab dilahirkan dalam negara MALAYSIA ni yang penuh dengan pelbagai budaya & kaum! tidak seperti negara lain yang mana walaupun mempunyai pelbagai kaum dan berbeza warna kulit tetapi jauh berbeza dengan negara MALAYSIA nih! Okay, Saya ni memang suka melancong tau! tapi... hehe,belum habis satu Malaysia nih... paling jauh pun kat Kelantan nun... nak tau tak,apa aktiviti menarik yang akan diadakan dalam Malaysia ni? Jom kita baca dan baca lagi....
~ KALENDAR ACARA 2009 ~
* TAHUN BARU CINA (LEMBU) (26 -27 JANUARI)
* KARNIVAL DAN PERKAMPUNGAN "LE TOUR DE LANGKAWI MALAYSIA 2009"
(7 - 9 FEBRUARI)
Karnival ini adalah acara sampingan sebagai 'pemanas badan' sempena Le Tour De Langkawi.
* THAIPUSAM (8 FEBRUARI)
* LE TOUR DE LANGKAWI 2009 (9 - 18 FEBRUARI)
* PESTA LAYANG-LAYANG ANTARABANGSA PASIR GUDANG KE-14
(16 - 23 FEBRUARI)
* LANGKAWI IRONMAN TRIATHLON 2009 (28 FEBRUARI)
* JUALAN GRAND PRIX MALAYSIA PETRONAS 2009 (28 FEBRUARI - 5 APRIL)
* HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W (9 MAC)
* PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA PESTA FLORA & BUAH-BUAHAN 2009
(1 MAC -31 MEI)
* WARNA-WARNA MALAYSIA (COLOURS OF MALAYSIA) (8 MAC 2009)
Acara ini mempamerkan kebudayaan rakyat Malaysia yang penuh warna-warni dan keturunan yang biasanya diadakan di Dataran Merdeka.Selain itu,pelbagai juadah tempatan turut disediakan.
* CITRARASA MELAKA (13 - 15 MAC)
* PESTA NASI SERATUS KOTA BHARU,KELANTAN (20 - 22 MAC)
* PESTA MAKAN ANTARABANGSA PENANG 2009 (13 - 21 MAC)
* CITRARASA SARAWAK (27 - 29 MAC)
* CITRARASA KUALA LUMPUR & MAKANAN MENARIK (FOOD TRAIL)
(27 - 5 APRIL)
* PESTA AIR MALAYSIA 2009 (3 - 5 APRIL)
~ Pesta Air Langkawi 2009 (10 - 11 APRIL)
~Cabaran LAut Antarabangsa Labuan (28 APRIL - 3 MEI)
* GRAND PRIX MALAYSIA PETRONAS 2009 (3 - 5 APRIL)
Saksikan acara ini yang akan dianjurkan buat kali ke-10 di negara ini.
* REGATTA LEPA SEMPORNA KE-16 (18 & 19 APRIL)
* CABARAN LAUT ANTARABANGSA LABUAN (23 APRIL - 3 MEI)
~ Pertandingan memancing Antarabangsa Labuan (28 APRIL - 3 MEI)
~ Pertandingan Merentas Terusan Labuan (1 MEI)
~ Persembahan Pentas dan Perlawanan Pantai (1 - 3 MEI)
~ Pertandingan Kayak Mengelilingi Pulau Labuan (2 MEI)
~ Kayak Pecut (Sprint) (3 MEI)
* PESTA AIR SELANGOR (24 - 26 APRIL)
* CABARAN MENYELAM PERHENTIAN (24-26 APRIL)
~ Pulau Perhentian akan menyaksikan sekali lagi acara ini yang akan meanggamit peserta dari seluruh dunia. Acara tradisi turut diadakan selain bola sepak dan bola tampar pantai
* PENGEMBARAAN BERAKIT ANTARABANGSA 2009 (26 APRIL -3 MEI)
* PESTA SABAH 2009 (2 & 3 MEI)
* WESAK (9 MEI)
* PESTA HARUM MANIS (9 - 10 MEI)
* HARI IBU (10 MEI)
* TADAU KAAMATAN (30 & 31 MEI)
* PERARAKAN FLORA SEMPENA PESTA FLORA DAN BUAH-BUAHAN (30 MEI)
~ Perarakan ini akan diadakan di Dataran Merdeka. Pengunjung pasti terpesona dengan hiasan bunga-bungaan, sekaligus menyaksikan pasukan mana bakal bergelar juara!
* PESTA GAWAI DAYAK (1 & 2 JUN)
* PESTA FLORA DAN FAUNA (1 & 2 JUN)
* PESTA ECO PAINTBALL / HUTAN HUJAN (1 - 30 JUN)
* PESTA BUNGA (5 & 6 JUN)
* HARI BAPA (21 JUN)
* PERLUMBAAN KAPAL NAGA SABAH KE-24 (21 JUN)
* JUALAN MEGA MALAYSIA 2009 (4 JULAI - 31 OGOS)
* ACARA SENIMAN JALANAN DAN KONSERT ARAB (10 JULAI - 8 OGOS)
* FESTIVAL MUZIK HUTAN SEDUNIA SARAWAK (SARAWAK RAINFOREST WORLD MUSIC FESTIVAL) (10 - 12 JULAI)
* PESTA JOM MAKAN DURIAN 2009 (24 -26 JULAI)
* SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2009 (1 - 31 OGOS)
~ Bulan untuk memperingati perjuangan bangsa,sejarah dan tokoh. Bulan kemerdekaan bakal diisi dengan pelbagai sambutan sampingan yang akan mengingati siapa diri kita sebenarnya.
* HARI PERINGATAN SANDAKAN (15 OGOS)
* MISTIK KEPULAUAN CAREY (22 OGOS)
* BAZAR RAMADAN (22 OGOS - 19 SEPTEMBER)
* AIDILFITRI (20 - 21 SEPTEMBER)
* FESTIVAL KUIH BULAN ( 3 OKTOBER)
* PESTA MUZIK SEDUNIA PULAU PINANG (2 - 4 OKTOBER)
* DEEPAVALI (17 OKTOBER)
* PERINGATAN PERANG DUNIA KEDUA LABUAN (8 NOVEMBER)
* AIDILADHA (27 & 28 NOVEMBER)
* PAMERAN ANTARABANGSA MARITIM DAN UDARA LANGKAWI (LIMA '09)
(1 - 5 DISEMBER)
~Acara antarabangsa yang sudah acap kali membawa nama negara ini di persada dunia. Ini kerana banyak pengeluar dan kerajaan akan menghadirinya untuk menyaksikan ciptaan teknologi pertahanan terkini.
* PIALA MONSUN TERENGGANU (1 - 7 DISEMBER)
* AWAL MUHARAM (18 DISEMBER)
* KRISMAS (25 DISEMBER)
* JUALAN JIMAT MALAYSIA (29 NOVEMBER - 31 DISEMBER)
Ini sahajalah yang dapat saya kongsikan dengan kamu semua! Terima kasih kerana meluangkan masa membaca coretanku ini!
(Info:Harian Metro & Internet)